You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
On history and criticism of Malay literatute.
Singapore’s Malay (Muslim) community, constituting about 15 per cent of the total population and constitutionally enshrined as the indigenous people of Singapore, have had its fair share of progress and problems in the history of this country. While different aspects of the vicissitudes of life of the community have been written over the years, there has not been a singularly substantive published compendium specifically about the community – in the form of a Bibliography – available. This academic initiative fills this obvious literature gap. The scope and coverage of this Bibliography is manifestly comprehensive, encompassing the different sources of information (print or non-print) ...
Naskhah Transformasi Pengajian Melayu dalam Era Generasi Z ini merupakan kumpulan makalah terpilih yang telah dibentangkan dalam Seminar SEBAHTERA 2017, iaitu Seminar Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu yang menggabungkan para cendekiawan daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malah, tema seminar tersebut juga diangkat menjadi judul naskhah ini. Antara yang menarik dalam naskhah ini ialah cara untuk mendepani cabaran dalam mentransformasikan Pengajian Melayu pada era generasi X, Y dan Z yang mempunyai karakteristik, cabaran dalam struktur kurikulum, transformasi dalam bahan...
Hubungan Aceh dan Malaysia sudah terjalin lama seperti yang tercatat dalam dokumen sastera, budaya dan bahasa. Pada hari ini, hubungan itu semakin akrab, khususnya dengan Pulau Pinang kerana kedekatan kedua-duanya dari segi geografi. Makalah-makalah dalam buku ini melanjutkan hubungan itu dengan persekitaran yang baharu dari segi sastera, budaya dan media. Kedua-kedua buah wilayah ini mempunyai hubungan budaya, agama dan politik yang hampir sama. Buku ini dihasilkan ekoran hubungan yang sudah terjalin antara Fakultas Adab dan Humaniora, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh dengan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Melalui jalinan ini berlaku perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak dan kegiatan ilmu ini memperkasakan hubungan yang telah lama berlaku dan berkembang terus. Beberapa sisi sastera, budaya dan media seperti pantun, bahasa dan alam diteliti oleh para pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.
Kumpulan Puisi Perempuan Indonesia-Malaysia menghimpun karya penyair perempuan yang mendepani isu dan persoalan pada peringkat global dan lokal melalui nuansa halus dan berseni. Khalayak pembacadibawa menelusuri pelbagai persoalan seperti krisis politik antarbangsa, romantisisme, solidarity gender, alam kerohanian dan kehidupan manusiawi yang diekspresikan melalui pelbagai sudut pandangyang menarik untuk dihayati bersama. Setiap penulis merupakan watak penting dunia puisi apabilapemikiran mereka yang kritis terhadap situasi semasa menjadi teras pengucapan dalam puisi-puisimereka. Melalui puisi, mereka telah menciptakan komunikasi dan kebudayaan sebuah Dunia Nusantara.
Buku ini menyentuh perkaitan antara dakwah dengan ilmu retorik dalam usaha mempengaruhi khalayak sasaran melalui penulisan. Dakwah merupakan aktiviti seruan yang ditugaskan kepada kaum muslimin dengan cara-cara tertentu kepada orang lain supaya melakukan kebaikan dan menjauhi perkara yang mungkar. Oleh sebab ia bersifat seruan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan kejahatan, maka isi kandungan dalam dakwah menjadi tumpuan dalam mencapai matlamat dakwah. Selain mesej dakwah, gaya penyampaian (uslub al-da`wah) merupakan elemen yang membantu mesej dakwah disampaikan dengan lebih baik dan difahami serta mampu mempengaruhi khalayak. Memandangkan usaha menyampaikan dakwah berkait dengan ...
Isu-isu dalam Terjemahan Karya Sastera ialah buku pertama dalam bahasa Melayu yang membincangkan pelbagai tema yang bersangkut paut dengan terjemahan karya sastera. Penulisnya terdiri daripada sarjana dari Rusia, Jepun, China dan Malaysia yang giat dalam penyelidikan dan amalan penterjemahan bahasa Melayu. Dalam perkembangan teori dan pendekatan pengajian penterjemahan, terjemahan karya sastera merupakan salah satu genre yang paling awal mendapat perhatian para penyelidik dan ilmuwan. Hal ini kerana terjemahan karya sastera diangkat sebagai wahana perantara dwibahasa dan dwibudaya yang mampu menggalakkan persefahaman dan interaksi antara dua bangsa dan dua tamadun. Terjemahan karya sastera dalam buku ini diteliti, dikupas dan dicerakin dari perspektif proses serta produk secara komprehensif berdasarkan kerangka teoretis eklektik. Rumusan yang dibuat dalam setiap bab sesuai dijadikan panduan penterjemahan dan juga sumber inspirasi bagi percambahan idea dalam penyelidikan pengajian penterjemahan. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malayia, Penerbit USM