You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
**Selected stories from 25 Kes & 26 Kes, translated into English** A hospital is a battleground. People with all sorts of wounds and scars – crawling with their pain, fear and hopes – struggle to survive this war. The internal battle of life that seems to never end. Being a healthcare worker in this battlefield means being allowed a special peek into each of these intricately wounded lives. We watched, we observed, we were allowed to hold their flags, and more often than not, the blood smeared onto our hands, and the paints of our patients forever mingled with that of ours. That One Case attempts to capture each of these stories, that has left lasting scars on the memories of our lives a...
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan. Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar. 26 Kes daripada 26 Penulis. Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih. Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.
Hospital adalah sebuah gelanggang yang sukar diduga. Pelbagai kerenah, ragam, juga warna manusia saling bergelumang dan mencelorengkan. Bergelar petugas kesihatan umpama melihat ke dalam cermin kehidupan. Menjadi pemerhati yang tajam, juga sesekali terheret sama ke kancah yang menikam. 25 kes daripada 25 penulis ini merakam pengalaman itu. Sejumlah pertembungan yang kemas pada ingatan seperti retak sekeping cermin. Sentiasa ada setiap kali mereka merenung ke dalamnya. Ironi. Konflik. Motivasi. Inspirasi. Debar. Panik. Hiba. Tawa. Iktibar. Dera. Semua adjektif dan superlatif yang menitis dan mencomotkan lantai hospital. Ini adalah kehidupan (juga kematian) yang perlu ditangani para penulisnya. That one case - yang tak terlupakan.
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-7 (CKOM7) pilihan juri dan editor. Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga dengan CKOM: MEDIK dan CUN #7: MISI. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk keenakan pembacaan yang maksimum. *CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM7 kali ini menampilkan tema perubatan ataupun medik.
Buku ketujuh daripada siri antologi CUN yang menghimpunkan karya-karya artis komik wanita sahaja. CUN #7 menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia kali ketujuh (CKOM7). CUN #7 ini juga diterbitkan serentak bersama CKOM: DOKTOR dan CKOM: MEDIK. Dapatkan ketiga-tiga buku ini bagi keenakan membaca yang maksimum. *CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM7 kali ini menampilkan tema perubatan ataupun medik.
Antologi Komik-M yang menghimpunkan karya para pemenang Cabaran Komik Online Malaysia ke-7 (CKOM7) pilihan juri dan editor. Diterbitkan dengan istimewa secara berkembar tiga dengan CKOM: DOKTOR dan CUN #7: MISI. Dapatkan ketiga-tiganya serentak untuk keenakan pembacaan yang maksimum. *CKOM adalah sayembara komik anjuran portal MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M yang dilakukan setiap tahun dengan tema yang berbeza. CKOM7 kali ini menampilkan tema perubatan ataupun medik.
This book acts as a compilation of papers presented in the Human Engineering Symposium (HUMENS 2021). The symposium theme, “Human-centered Technology for A Better Tomorrow,” covers the following research topics: ergonomics, biomechanics, sports technology, medical device and instrumentation, artificial intelligence / machine learning, industrial design, rehabilitation, additive manufacturing, modelling and bio-simulation, and signal processing. Fifty-nine articles published in this book are divided into four parts, namely Part 1—Artificial Intelligence and Biosimulation, Part 2—Biomechanics, Safety and Sports, Part 3—Design and Instrumentation, and Part 4—Ergonomics.
“Sampai hati kau Anaqi! Kau tahu tak, fitnah itu lebih tajam daripada mata pedang? Kau dah jatuhkan maruah aku Anaqi! Kau memang manusia yang tak berhati perut!!!!” “Eshal, maafkan aku Eshal. Aku akan bersihkan nama baik kau,” “Pergi jalan dengan maaf kau!!!” Marah Eshal lalu terus meninggalkan Uwais. -DELISHA- "Ya... Ya aku datang ni. Hah, nak apa? nak cari gaduh?" "Kau nampak tak kerusi ni?" Tanya Nabila sambil tangannya memegang kerusi dan bila-bila masa sahaja plastik itu bakal dihayunkan ke arah Amirul. -HURU-HARA PAGI- Hayatilah buah tangan yang bermutu tinggi daripada para penulis “ALKISAH SASTERAWAN KECIL 2”. Doakan kami terus maju jaya dalam setiap bidang yang kami c...