You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku Bangkit ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu. Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT. #PujukHati4
“Sejak bila engkau sudah pandai kurang ajar apabila bercakap dengan kak long?” keras suara Lidya bertanya. Wajahnya merah menahan marah. “Angah jadi begini sejak kakak berubah! Kak long sekarang langsung tiada masa untuk adik-adik. Kak long hanya pentingkan telefon bimbit kakak sahaja. Kak long jangan salahkan angah sahaja. Fikirkan kesalahan kak long dahulu sebelum menunding jari ke arah angah!” suara Hilmi sudah meninggi. Kata-katanya makin pedas. Mujurlah panggilan ‘kak long’ masih dikekalkan buat kakaknya tanda hormat yang masih bersisa. “Engkau diam, Hilmi! Jangan buat kakak naik tangan,” kesabaran Lidya sudah berada di puncak. Wajahnya sudah hilang seri dek perasaan mar...
“Cermin sisi motosikal abah kau juga sudah hilang!” kata Najwa yang tercungap-cungap sebaik pulang dari bilik guru. Wasillah Wairah menoleh. Dia memandang tepat ke wajah cemas Najwa. “Biar betul?” “Betul! Sudah heboh satu bilik guru, kau tahu!” Bersungguh-sungguh benar Najwa bercerita mengenai berita yang baru didengarinya itu. Wasillah Wairah terdiam sebentar. Akalnya ligat mencari dalang di sebalik kejadian ini. Licik sungguh orangnya! “Agak-agaknya, siapalah yang mencuri ini?” Wasillah Wairah bertanya-tanya sendiri.
Setiap isu atau masalah dalam rumah tangga perlu ditempuh dengan jiwa yang besar. Besarkanlah jiwa agar masalah menjadi kecil. Jiwa yang besar akan sentiasa membesarkan Allah SWT setiap kali berhadapan dengan ujian. Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 30: 21) Maka dalam berumah tangga, apa sahaja yang membangkitkan rasa cinta dan kasih sayang suami isteri, pastikan asasnya ialah mencintai ke...
Minggu pertama persekolahan di SK Putera Alam gempar apabila pintu di kelas 6 Gemilang diconteng oleh seseorang. Kebetulan pada masa itu pihak Pejabat Pelajaran daerah bermesyuarat di sekolah tersebut. Kemudian ia berlarutan ke bahagian-bahagian lain di sekolah ini. Cikgu Joe selaku guru disiplin buntu apabila gagal menangkap orang yang bertanggungjawab. Adib dan Adibah menawarkan diri untuk menyiasat kes conteng di sekolah ini. Mereka dibantu oleh rakan-rakan baik mereka iaitu Badshah, Fei Hung dan Yumni. Sementara itu, pasukan penyiasatan mereka menerima tamparan baru apabila Yumni mahu menarik diri selepas tewas dalam pertandingan bercerita kepada Adibah. Misi menyiasat belum selesai, Yumni pula buat hal. Adakah mereka terpaksa menggunakan beberapa teknologi baru untuk membantu siasatan? Bagaimana pula hubungan Yumni dan Adibah dapat kembali seperti dulu? Segalanya terjawab dalam episod kali ini, OPS CONTENG!
Makanan yang berasaskan sumber alam di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat. Bermula dengan makanan asas kita setiap hari seperti nasi dan gandum, semua jenis makanan itu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Jadi kita haruslah bijak membuat pilihan. Demikian juga dengan minuman dan pemanis haruslah mengikut jenis dan kadar yang bersesuaian. Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca yang mengutamakan nilai kesihatan. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita beribadah kepada Allah. KANDUNGAN Kata Pengantar Pengenalan Bab 1 Sumber makanan asas berkhasiat. Bab ...
SINOPSIS: GENG PUAKA adalah siri kompilasi kedua Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbitkan setiap bulan. Uniknya komik ini, ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Komik ini mengisahkan dua ekor syaitan yang tak henti-henti menipu dan menghasut kanak-kanak supaya menjadi budak jahat dan nakal. Awasi tipuan syaitan, kerana mereka musuh Mukmin nombor satu. GENG PUAKA mengumpulkan 28 komik Godaan Syaitan. Menang membeli menang membaca! Antara cerita menarik dalam siri ini: Bola Ajaib Ianya kisah Fazril yan...
Walid, atlet baharu berbakat. Umar, berasa kredibilitinya tercabar. Khaulah, kehebatannya dikagumi. Chi Lok, pencari ketenangan. Harith, tidak serius dalam pelajaran. Pasukan Memanah Panglima, sebuah pasukan memanah yang telah mencipta nama. Perpindahan atlet lama dan kemasukan atlet baharu. Jurulatih yang menukar strategi latihan. Dalam memburu kejayaan, cabaran membelenggu diri. Antara persahabatan dan konflik diri. Antara kejayaan mencapai pingat dan kejayaan moraliti. Manakah yang lebih utama? Adakah Misi X-Ten Jurulatih Ikhwan akan tercapai?
Buku ALLAH KAN ADA! dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca. Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti. Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang ...