You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas. Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.
Sekalipun sering dianggap sebagai karya pertama sastera klasik Melayu oleh kaum sarjana yang meminati ilmu pengajian Melayu, dan tela’ah demi tela’ah telah dilakukan terhadapnya sejak pertengahan abad ke-19, namun Hikayat Raja Pasai, belum pernah dikaji secara mendalam oleh sejarawan. Penerbitan edisi terbaru karya yang melakar zaman awal kedatangan Islam di Sumatera Utara oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam ini adalah percubaan terkini beliau untuk mengetengahkan beberapa tafsiran baru mengenai karya klasik Melayu yang belum pernah diungkapkan oleh mana-mana kajian; satu daripadanya ialah aspek tasawuf di dalam karya itu.
Terdiri daripada lima buah judul iaitu: 1. BULAN (ISBN: 978983097233-6 / KOD: GB0078) 2. MATAHARI (ISBN: 978-983-097-232-9 / KOD: GB0079) 3. BUMI (ISBN: 978-983-097-235-0 / KOD: GB0080) 4. ALAM SEMESTA (ISBN: 978-983-097-234-3 / KOD: GB0081) 5. LAUT DAN SUNGAI (ISBN: 978-983-097-236-7 / KOD: GB0082) Buku berfakta ini mengajak kanak-kanak berfikir tentang ciptaan Allah, tentang keistimewaan BULAN, MATAHARI, BUMI, ALAM SEMESTA, LAUT DAN SUNGAI. Turut disertakan gambar-gambar menarik dan berwarna-warni. SIRI MARI BERFIKIR ini akan menambahkan lagi pengetahuan am kanak-kanak.
Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.
Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi. Tajuk-tajuknya ialah Almanak dan Pelangkah: Panduan Perantau Jawa dan Suku Duano; Sistem Barter Antarabangsa antara Wanita Orang Asli Kuala dengan Penduduk Singapura: Kajian Kes Orang Asli Kuala di Pontian Johor; Keteguhan serta Kecekalan Pendirian Orang Melayu di Australia Barat Kesan Pengaruh Kognitif dan Psikologi; Kearifan Tempatan dalam Ilmu Kecantikan Tradisional dan Transformasinya; Kedinamikan dan Daya Hidup Bahasa Orang Asli Melayu-Proto di Malaysia; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu di Selat Melaka pada Abad ke-18 dan ke...
Jejak-jejak Islam yang membentang selama lima belas abad telah melahirkan peradaban yang sangat kaya di seluruh penjuru dunia. Mulai dari sistem pemerintahan, ilmu pengetahuan, hingga arsitektur klasik bernilai tinggi. Melalui kamus sejarah dan peradaban Islam ini, pembaca dapat mengetahui dan memahami sejarah Islam secara ringkas dan kontribusi masyarakat Muslim di pelbagai penjuru dunia dengan segala kelebihan, kekurangan, dan jasa-jasa mereka. Data-data tersebut direkam ke dalam 700 entri yang dijelaskan secara sistematis dan detail dalam kamus ini. - Tokoh-tokoh muslim paling berpengaruh - Para ilmuwan - Pertempuran-pertempuran dan sejarah pemicunya - Masjid bersejarah di seluruh dunia -...
Kisah agung Panglima unggul Islam. Dia panglima yang sangat handal dalam strategi dan malah dia yang menyebabkan kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud. Namun pada saat hidayah menyentuh jiwanya, dia bertukar menjadi panglima yang tidak terkalah. Beliau menemui Penciptanya bukan di medan perang, tetapi di atas perbaringan.