You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
"... cerita al-Qur’an tidak boleh dikaji dengan pengukuran genre sastera yang bersifat insani. Seterusnya, kajian cerita dalam al-Qur’an tidak boleh dicampuradukkan dengan karya sastera insani walaupun kedua-duanya disentuh dalam satu kajian. Selain itu, cerita dalam al-Qur’an tidak wajar ditiru. Sebaliknya, ia hanya sesuai perlu dijadikan panduan atau metode kajian.”- Zulkarnain Mohamed
Dari puncak yang sejuk nian, dia mula mengenal dan belajar mengenai kepentingan berkongsi. Dia terkesan dengan ungkapan murabbinya ini. "Dakwah itu bermaksud mengajal." Dalam al-Quran ada menyebut supaya kita berdakwah atau mengajak manusia kembali pada ajaran Allah yang sebenar dengan cara berhikmah dan melarang mereka dengan pebuh kebaikan. Jika berlaku pertembungan, uruskanlah dengan penuh toleransi. Dari saat itulah gadis manis yang bernama Naurah Salsabila mula melebarkan sayapnya. Dia terus terjun ke dunia yang penuh dengan suka duka, cabaran dan ujian hanya kerana rasa tanggungjawab untuk berkongsi dengan ummah. Lantas diteguhkan niatnya kerana Allah, diladeni akannya sunnah Rasulullah.
‘Seindah Solat Rasulullah’ adalah naskhah yang ringkas dan mudah dalam memahami kaedah solat Rasulullah SAW. Ia dilengkapi dengan perbincangan ringkas tentang hadith-hadith berkaitan solat oleh para ulama daripada pelbagai mazhab. Juga menghuraikan secara ringkas tentang asas seorang muslim dan ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan solat.
Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.
KIAMAT semakin dekat! Kiamat pasti berlaku! Janji-janji Allah itu pasti. Sudah termaktub di dalam kitab suci Al- Quran mengenai Kiamat. Tanda-tanda akhir zaman makin jelas. Tanda-tanda kecil banyak melata. Tanda-tanda besar juga makin nyata. Cuma yang masih menjadi rahsia Allah adalah bila Kiamat akan berlaku. Dunia semakin sakit. Akhlak semakin sempit. Fitnah tegar membadai. Kerakusan manusia menjadi tunjang. Nafsu semakin bermaharajalela. Iman semakin dikesisikan. Yang benar dinafikan dan yang batil dijulang. Itulah realiti akhir zaman. Tanda-tanda Kiamat semakin rapat. Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Penindasan berlaku di mana-mana. Kerosakan makin menyenakkan. Bencana alam bertali arus. Banyak peringatan dan amaran yang Allah berikan. Namun, manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana. Kiamat makin dekat namun manusia semakin jauh daripada Maha Pencipta.
Majalah Solusi merupakan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan majalah bercorak dakwah dan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini diterbitkan oleh syarikat penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.
Membicarakan tentang seruan TUHAN untuk sekalian manusia. Ayat-ayat pilihan yang khusus membincangkan tentang keperluan serta kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh manusia. SETIAP manusia pastinya tercari-cari panduan hidupnya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Maka al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Namun tugas dakwah bukanlah semata-mata berada di atas pundak seorang pendakwah sahaja malahan ianya terbuka luas untuk semua muslim. Peranan pendakwah dalam membawa mesej Islam sememangnya amat mencabar dengan pelbagai cabaran. Justeru seorang pendakwah harus lengkap dengan fahaman tentang realiti semasa untuk memudahkan masyarakat mengenal agama Islam. WAHAI SEKALIAN MANUSIA membawa konsep mudah dalam memahami ayat–ayat al-Quran yang memfokuskan tentang manusia secara amnya. Buku ini akan membawa pembaca menyelusuri tentang kehidupan manusia secara praktikalnya.
44 Rahsia Bina Hati Bahagia menjadi panduan kepada hati-hati yang ingin meninggalkan sejarah hitam. Naskhah ini juga menjawab permasalahan hati kerana masa-masa silam dahulu. Ayuh! Ubahlah segera hati ‘hitam’ kepada hati ‘emas’. Pasti, ALLAH akan membantu.
Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.
Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.” –Riwayat Bukhari dan Muslim Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.