Seems you have not registered as a member of localhost.saystem.shop!

You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Hologram
  • Language: ms
  • Pages: 200

Hologram

Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal. HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini? HUJAN pula memaparkan sisi aneh air hujan. Hujan ini membunuh. Titisan hujan telah merobek tubuh-tubuh manusia yang tidak sempat berlindung hingga hancur jasad mereka. Amaran apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia? ILHAM, cerita yang mengisahkan seorang penulis entiti paranormal yang sangat hebat. Kehebatannya dalam mengarang kisah-kisah misteri ini mungkin kerana ada makhluk lain yang bersembunyi dalam tubuhnya. Mungkin juga penulis buku ini, IWAN REAZ juga bukanlah dirinya yang sebenar.

SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan
  • Language: ms
  • Pages: 480

SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan

Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan. Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya. Rakan...

GOODBYE NEW YORK
  • Language: ms
  • Pages: 168

GOODBYE NEW YORK

SINOPSIS Raqy (Raqiyah) merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Akmal dan Puan Hazirah. Dia dilahirkan dan dibesarkan di New York. Pernah sekali sahaja Raqy dibawa pulang ke Malaysia, itupun semasa umurnya 6 tahun. Walaupun fasih berbahasa Melayu, dia enggan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda itu. Encik Akmal berhasrat mahu membina hidup baharu bersama keluarganya di Malaysia. Raqy terpaksa akur dengan keputusan tersebut biarpun keberatan. Setibanya di Malaysia, mereka menginap di rumah saudara mereka di kampung sementara menanti urusan berkenaan selesai, Raqy berkenalan dengan Fikri sepupunya yang gemar mengusiknya. Raqy tidak betah dengan kehidupannya barunya di kampung. Banyak perkara yang tidak disukai. Sikap Raqy yang sering membandingkan corak hidup di Malaysia dengan New York menyebabkan ramai yang tidak mahu berkawan dengannya di sekolah. Malah ia juga menjadi musuh ketat kepada sebuah kumpulan yang digelar Trio Queen.

Misteri Video Viral
  • Language: ms
  • Pages: 136

Misteri Video Viral

Seorang sahabat yang kita kenali rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia. Cerpen Angkara Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan manusia yan...

Magna Sayap Hitam
  • Language: ms
  • Pages: 312

Magna Sayap Hitam

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini. Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?

ADRIAN... PENULIS SUPERSTAR
  • Language: ms
  • Pages: 128

ADRIAN... PENULIS SUPERSTAR

SINOPSIS Adik-adik pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis? Adik-adik mahu jadi penulis tetapi tidak tahu caranya? Tahukah adik-adik bahawa usia muda bukan penghalang untuk menulis buku sendiri? Ketahuilah bahawa Adrian juga masih bergelar seorang pelajar. Tetapi beliau percaya pada minat dan bakat yang dimiliki. Berbekalkan semangat juang dan bimbingan daripada mentornya, Aiman Syafiq, Adrian berjaya menjadi seorang penulis superstar! Bagaimanakan cara untuk bergelar seorang penulis seperti Adrian? Ikuti pengembaraan Adrian yang serba mencabar di dalam buku ini.

MARSYA... PENULIS HIJABISTAR
  • Language: ms
  • Pages: 128

MARSYA... PENULIS HIJABISTAR

SINOPSIS Adik-adik mahu berkongsi bakat dan minat melalui penulisan? Adik-adik mahu menambah lebih ramai rakan di media sosial? Tahukah adik-adik bahawa perkongsian dan penulisan di media sosial boleh dibukukan? Lebih-lebih lagi jika adik-adik mempunyai ramai pengikut setia. Ketahuilah bahawa Marsya masih muda tetapi mempunyai ramai pengikut di media sosial kerana rajin berkongsi tip-tip fesyen di alam maya. Berbekalkan nasihat daripada abangnya, Adrian, Marsya berjaya menjadi seoang penulis hijabistar! Bagaimanakan cara untuk bergelar seorang penulis seperti Marsya? Ikuti pengembaraan Marsya yang serba menarik di dalam buku ini.

DANISH ... PENULIS MEGASTAR
  • Language: ms
  • Pages: 128

DANISH ... PENULIS MEGASTAR

SINOPSIS Adik-adik mahu jadi penulis tetapi tidak ada idea mahu menulis tentang apa? Adik-adik teringin melihat karya adik-adik berada di atas rak kedai buku? Tahukah adik-adik bahawa kita boleh menulis banyak perkara melalui pengalaman yang pernah kita lalui? Ketahuilah bahawa Danish menulis buku pertamanya menggunakan ilham semasa melancong. Walaupun beliau sering ketandusan idea, Danish mempunyai teknik tertentu yang membolehkan dia berjaya menjadi seorang penulis megastar! Bagaimanakah cara untuk bergelar seorang penulis seperti Danish? Ikuti pengembaraan Danish yang serba mendebarkan di dalam buku ini.

Sihir Jin Lamashtu
  • Language: ms
  • Pages: 488

Sihir Jin Lamashtu

Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu. Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja...

Mageddo: Petaka Ahzab
  • Language: ms
  • Pages: 264

Mageddo: Petaka Ahzab

MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERA merupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON. Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini. Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama ji...