You may have to register before you can download all our books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Bicara Sifat 20 menghuraikan perkara-perkara asas dalam mengenal Allah SWT dan para rasul melalui pendekatan Sifat 20. Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi. KANDUNGAN Bab 1: Umum, Pengertian Ilmu Tauhid dll Bab 2: Mengenal Istilah Dalam Ilmu Tauhid Bab 3: Sifat 20 Bab 4: Rasul Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya Bab 5: Sifat Uluhiyyah Kesimpulan Belajar Sifat 20 Tatimmah Mufidah: Fahami Takwil Dengan Benar Sanad Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah Bersambung Kepada Imam Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah, Al-Imam Abu Hasan Al-Asy‘ari (324h)
Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya: Ø Belajar ilmu agama Ø Solat fardu berjemaah Ø Melazimi solat sunat Ø Membaca al-Quran Berzikir dan lain-lain lagi. KANDUNGAN (A) Kelebihan Mengajar Dan Menuntut Ilmu Agama (B) Kelebihan Wuduk (C) Kelebihan Azan (D) Kelebihan Solat- Kelebihan Solat Fardhu dan Sunat (E) Bacaan -Kelebihan Membaca Al-Quran -Kelebihan Tahlil -Kelebihan Istighfar -Kelebihan Selawat -Kelebihan Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil -Kelebihan Hauqalah -Bacaan Menggandakan Amalan
“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.” Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW: Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda. Buku ini terbahagi kepada dua bab utama. • Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad. • Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur. ISTIMEWA: Foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.
AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu. Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini: · Wirid Al-Qusyasyiah · Wirid al-Fatihah Imam Ghazali · Al-Wirdul Lathif · Hizbun Nawawi · Wirid as-Sakran (Wirid Imam Abu Bakar bin Abdur Rahman as-Saqqaf) · Manzil · Selawat Thulul ‘Umur (panjang umur) · Hizbun Nashr (Penolong) · Hizbul Bahr · Ratib al-Attas · Ratib al-Haddad · Ratib al-Aidrus
Kupasan yang ringkas, padat dan berfakta serba-serbi tentang Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Istimewa berbentuk soal jawab yang memudahkan pembaca memahami dan mengingatinya. Sesuai dimiliki untuk menambah kefahaman dan kecintaan terhadap Baginda. Antara persoalan utama yang diperbincangkan: *Nama dan Keturunan Nabi * Sifat-sifat Fizikal Nabi * Pakaian dan Perhiasan Nabi * Akhlak Nabi * Mukjizat Nabi * Kehidupan Nabi * Hikmah dan Rahsia Nabi * Cinta dan Rahmat Nabi *Keistimewaan Nabi
Buku ini menghimpunkan 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah SAW sehingga abad ke-20. Tarikan utama buku ini adalah ia sebagai suatu bentuk hiburan kejiwaan yang bukan sahaja sekadar menghiburkan, tetapi juga mampu memberi motivasi dan momentum buat pembaca. Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda SAW, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama ini: • Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi • Harimah Makkah • Solat malamnya 300 rakaat • Ulama yang dipanggil Habib Neon • Ibu kepada syuhada’ • Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah Dan banyak lagi.
Syarah kitab Safinah an-Naja yang paling komprehensif dalam bahasa Melayu. MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA. Buku ini diklaskan sebagai syarah kitab Safinatun Naja terbesar/terlengkap dalam bahasa Melayu. Dinamakan sebagai Edisi Komprehensif kerana kupasannya lebih luas dan terperinci berbanding dengan syarah Safinatun Naja sebelum ni. Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna). Disertakan juga hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan. Disertakan kata pengantar oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna. Antaranya: · Bersuci · Solat · Pengurusan jenazah · Puasa · Zakat · Haji dan umrah.
Kisah-kisah yang termuat di dalam buku ini disusun secara ringkas, jelas tetapi padat. Buku ini pedoman buat semua lapisan masyarakat, terutamanya pendakwah, pendidik, pelajar, bahkan pemimpin masyarakat. Tips Khusyuk dalam Solat. Hatim al-Asham ditanya, "Bagaimanakah keadaan solatmu?" Dia menjawab: "Jika waktu solat telah tiba, aku berwuduk dengan sempurna. Selepas itu, aku berjalan ke tempat solat yang kuinginkan. Aku duduk di sana dan berusaha bersungguh-sungguh menumpukan seluruh anggota tubuhku untuk solat. Kemudian, aku berdiri untuk solat. Aku letakkan Kaabah tepat di hadapanku, titian menuju neraka di bawah kedua telapak kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku, Malaikat pencabut ...
Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf. Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah. Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat. KANDUNGAN Kitab 1: Menjaga 7 Anggota Zahir & Menjaga 7 Anggota Batin Kitab 2: Hati Dan Sifat-Sifat Mazmumah (Sifat-Sifat Yang Tercela) Kitab 3: Sifat-Sifat Mahmudah (Sifat-Sifat Yang Terpuji) Bab 1: Taubat Bab 2: Takut kepada Allah SWT (Khauf/ خَوْفٌ) Bab 3: Zuhud Bab 4: Sabar Bab 5: Syukur Bab 6: Ikhlas Bab 7: Tawakal Bab 8: Cinta kepada Allah SWT Bab 9: Redha Bab 10: Mengingati Mati
Ratib al-Haddad adalah antara amalan Ratib yang sangat terkenal dan telah diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Oleh kerana kemasyhuran dan keberkatan Ratib ini, ia juga dikenali dengan nama Ar-Ratib asy-Syahir (Ratib yang Termasyhur). Nama Ratib ini merujuk kepada nama penyusunnya iaitu al-Imam al-Habib as-Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Hadhrami, yang masyhur dengan nama Imam Abdullah al-Haddad, seorang ulama besar dari Yaman berketurunan Rasulullah SAW. Riwayat hidupnya disertakan agar sesiapa yang mengamalkan Ratib ini lebih mengenali dan mencintai Ahli Bait Rasulullah SAW ini dan mencontohi sirah kehidupan dan akhlak peribadi beliau yang tinggi dan luhur.